Cari @ Amanz

Di dalam filem Mission Impossible Rogue Nation. terdapat sebuah sistem keselamatan yang mengimbas cara individu berjaya bagi mengesahkan identiti mereka. Fiksyen filem aksi ini bagaimanapun telah menjadi realiti kerana dibangunkan oleh University of  Manchster dan University of Madrid.

Kasut XiaomiSistem yang dibangunkan ini hanya memerlukan sebuah pad pengesan tekanan dan kecerdasan buatan bagi mengenalpasti identiti individu berdasarkan cara berjalan. Menurut penyelidik projek ini, 24 faktor pada tubuh akan membentuk bagaimana seseorang itu berjalan. Jarak antara tapak, tekanan pada tapak kaki dan bagaimana berat tubuh disebarkan pada dua tapak kaki adalah unik mengikut individu. Oleh sebab itu cara mereka berjalan adalah unik seperti cap jari dan retina.

Penyelidik menghasilkan pangkalan data SfootBD yang menyimpan 20,000 jejak kaki dari 127 individu sepanjang tempoh sistem ini dibangunkan. Menurut penyelidik lagi sistem yang dibangunkan mereka mempunyai tahap ketepatan hampir 100 peratus.

Kegunaannya di masa hadapan ialah tiada lagi kad akses fizikal pada pintu masak pejabat atau passport ketika di lapangan terbang. Sistem ini hanya akan membuka pintu setelah identiti disahkan. Ini memang kedengaran seperti fiksyen sains tetapi semakin hampir menjadi realiti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd