GST Kadar Sifar : Ini Adalah Harga Baru Untuk Galaxy S Dan Galaxy Note
Aman
Bersama-sama perubahan harga peranti disebabkan perubahan kadar GST daripada 6% kepada 0%, Samsung kini turut mengemaskini harga jualan mereka, dan menawarkan telefon pintar siri Galaxy S dan Galaxy Note pada harga sedikit rendah.
Bermula hari ini, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar mercu berkenaan daripada Samsung pada harga berikut:
Samsung Galaxy S9 64GB – RM3109
Samsung Galaxy S9+ 64GB – RM3579
Samsung Galaxy S9+ 128GB – RM3769
Samsung Galaxy S9+ 256GB – RM4149
Samsung Galaxy S8 – RM2539
Samsung Galaxy S8+ – RM2919
Samsung Galaxy Note 8 – RM3769
Untuk makluman, ini adalah harga jualan saranan sahaja. Berkemungkinan terdapat beberapa penjual yang turut menawarkan telefon berkaitan pada harga lebih rendah lagi.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.