Microsoft Dilaporkan Berminat Untuk Membeli GitHub

Microsoft Dilaporkan Berminat Untuk Membeli GitHub

Diterbitkan pada June 2, 2018 oleh .

Selain penawaran sistem operasi dan sejumlah aplikasi untuk pengguna, Microsoft juga dilihat turut terus memfokuskan arena perusahaan dan pembangunan perisian. Kini, selari dengan fokus syarikat perkomputeran berkenaan, ia dilaporkan yang mana Microsoft berminat untuk mengambil-alih GitHub.

Menurut BusinessInsider, akhir-akhir ini Microsoft telah mengadakan perbincangan untuk mengambil-alih GitHub.

Bagi yang tidak mengenali akan GitHub, ia merupakan penawaran popular dikalangan para pembangun perisian dan web. Ia memudahkan proses pembangunan dengan mengehos kod sumber melaluinya, sekaligus membolehkan pembangun lain turut menyertai proses pembangunan, serta melihat sumbangan pembangun lain dalam proses berkaitan.

Pengambil-alihan GitHub akan memberikan kedudukan yang lebih kukuh untuk Microsoft dikalangan pembangun – sekaligus membolehkan Microsoft turut menawarkan dan mengoptimasikan penawaran lain mereka khusus untuk platform lain.

Namun, untuk GitHub sendiri, mereka sebelum ini telah menyatakan ingin kekal sebagai syarikat bebas – tetapi masih perlu memikirkan beberapa kaedah untuk menjana wang.

Seperti biasa, ia masih laporan pada peringkat awal, dan sama-sama kita lihat sama ada Microsoft akan mengambil-alih perisian popular dikalangan pembangun ini ataupun tidak.


TIPS & ULASAN