Facebook Akan Membuang Ciri “Trending” Selepas 4 Tahun

Facebook Akan Membuang Ciri “Trending” Selepas 4 Tahun

Diterbitkan pada June 2, 2018 oleh .

Pada 2014 yang lepas, Facebook telah memperkenalkan ciri “Trending Topics” yang memudahkan para pengguna perkhidmatan sosial berkenaan untuk melihat apakah topik-topik popular yang sedang dibincangkan dikalangan komuniti Facebook. Namun, ciri berkenaan ditawarkan secara terhad dibeberapa buah negara sahaja – dan tidak pernah tiba secara rasmi untuk pengguna tempatan.

Facebook Trending

Kini, selepas sekitar 4 tahun menawarkan ciri berkenaan secara terhad, hari ini Facebook mengumumkan mereka akan menamatkannya.

Facebook mengatakan pengguna tidak menggunakannya, dan ia menjana kurang daripada 1.5% klik sahaja ke pautan penerbit kandungan.

Perubahan ini mungkin tidak memberikan kesan kepada pengguna tempatan. Namun, sekiranya anda mengakses Facebook daripada Amerika Syarikat atau UK, anda tidak lagi akan melihat ciri berkenaan dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN