Cari @ Amanz

Samsung sering memfokuskan kepada dua peranti mercu pada setiap tahun, iaitu dibawah siri Galaxy S dan juga Galaxy Note. Terkini, menurut laporan Bloomberg, Samsung mungkin memperkenalkan Galaxy Note 9 pada 9 Ogos kelak dengan beberapa pembaharuan baru bersama dengannya.

Galaxy Note 9 ini dijangka akan menyertakan spesifikasi terkini, termasuk penambah-baikkan pada bahagian kamera. Selain daripada itu, siri Galaxy Note turut akan memfokuskan kepada keupayaan stylus S-Pen yang hadir terbina bersama-sama dengannya.

Info lanjut mengenai apakah yang mungkin disertakan peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Menurut beberapa desas-desus dan laporan sebelum ini, Samsung juga dijangka akan memfokuskan kepada ciri kecerdasan buatan Bixby pada acara sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Samsung pada bulan Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd