Samsung Hanya Perlu Memberi Kemaskini Selama Dua Tahun Selepas Memenangi Kes Saman Di Belanda

Samsung Hanya Perlu Memberi Kemaskini Selama Dua Tahun Selepas Memenangi Kes Saman Di Belanda

Diterbitkan pada June 2, 2018 oleh .

Pada Januari 2016, Samsung diheret ke mahkamah oleh Consumentenbond yang merupakan sebuah persatuan pengguna Belanda kerana didakwa lambat memberikan kemaskini kepada peranti keluaran mereka. Saman difailkan ketika Android dilanda masalah kerentanan serius seperti Stagefright. Selepas dua tahun mahkamah memberikan keputusan memihak kepada Samsung.

Pihak mahkamah mendapati Samsung tidak perlu memberikan kemaskini perisian selama empat tahun kepada peranti mereka dan kemaskini selama dua tahun yang diberikan sekarang adalah memadai. Mahkamah merasakan Samsung tidak bertanggungjawab ke atas masalah yang akan ditemui di masa hadapan tetapi perlu menampal kerentanan yang ditemui sebelum peranti dijual.

Samsung mempunyai polisi memberikan kemaskini perisian selama dua tahun pada peranti utama sahaja. Pada peranti kelas lain, kemaskini keselamatan ada yang diberikan sebulan sekali dan juga setiap tiga bulan. Walaupun kecewa dengan keputusan mahkamah, Consumentenbond berkata mereka berjaya memaksa Samsung untuk lebih telus dalam memberikan maklumat bilakah peranti akan menerima kemaskini pada laman mereka.


TIPS & ULASAN