Apple Akhirnya Membenarkan Versi Terkini Aplikasi Telegram Diterbitkan Di AppStore

Apple Akhirnya Membenarkan Versi Terkini Aplikasi Telegram Diterbitkan Di AppStore

Diterbitkan pada June 2, 2018 oleh .

Selepas pengasas Telegram membuat aduan secara terbuka berkenaan Apple yang tidak membenarkan versi terkini Telegram diterbitkan, kini akhirnya Apple telah pun membenarkan aplikasi Telegram untuk iOS terkini diterbitkan di App Store.

Sebelum ini, kerajaan Russia telah meminta kunci nyah-sulitan untuk aplikasi Telegram daripada pembangunnya. Namun, perkara berkenaan tidak diberikan kerana melibatkan privasi pengguna. Hal ini membuatkan pihak Telegram mengharamkan aplikasi berkenaan, dan meminta Apple menariknya daripada App Store. Apple tidak menarik aplikasi berkenaan, tetapi pada masa yang sama, disebabkan perkara tidak diketahui, Apple tidak membenarkan versi terbaru aplikasi permesejan berkenaan diterbitkan.

Hal ini turut membawa kepada beberapa masalah, termasuk tidak membolehkan pengguna global aplikasi permesejan berkenaan menikmati sejumlah ciri-ciri baru.

Kini, dengan aplikasi Telegram yang dibenarkan menerbitkan versi terbaru kembali, masalah ini dilihat telah selesai – sekaligus membolehkan para pengguna global menggunakan Telegram pada iOS tanpa sebarang masalah.


TIPS & ULASAN