ZTE Perlu Membayar Penalti RM 6.8 Bilion Sebelum Boleh Mengimport Semula Teknologi Dari Amerika Syarikat
ZTE

ZTE Perlu Membayar Penalti RM 6.8 Bilion Sebelum Boleh Mengimport Semula Teknologi Dari Amerika Syarikat

Diterbitkan pada June 3, 2018 oleh .

Halangan mengimport perkakasan dan perisian dari Amerika Syarikat dijatuhkan ke atas ZTE kerana didapati bersalah berurusan dengan Iran. Sejurus selepas itu syarikat ini terpaksa menghentikan operasi telekomunikasi mereka kerana lumpuh tanpa komponen penting dari Amerika Syarikat. Menurut Reuters, ZTE akan membayar $1.7 bilion (~RM 6.76 bilion) kepada Amerika Syarikat sebagai penalti untuk kembali beroperasi di negara tersebut.

Seperti kami laporan sebelum ini, Amerika Syarikat bersetuju untuk menarik halangan pengimportan ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Selain denda yang besar ini, mereka perlu mengubah struktur pengurusan syarikat dan meletakkan pegawai penguatkuasa Amerika Syarikat bagi memantau urusan jual beli mereka.


TIPS & ULASAN