Carian
Qualcomm Sedang Membangunkan Pemproses Snapdragon 1000 Untuk Komputer Riba
June 3, 2018 Effi Saharudin

Tahun lalu komputer riba Windows 10 yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 835 mula dijual kepada umum. Microsoft memasarkan komputer riba ini sebagai Always Connected PC dengan hayat penggunaan bateri sehingga 20 jam dan mempunyai sambungan selular sepanjang masa. Kini menurut laporan Winfuture.de, Qualcomm sedang membangunkan pemproses Snapdragon 1000 khusus untuk komputer riba.

Qualcomm SnapdragonSnapdragon 1000 dipercayai akan menggunakan cip ARM Cortex A76 yang baru sahaja diumumkan beberapa hari yang lalu. Cip ini dikatakan mempunyai kemampuan kelas komputer riba. Asus akan menjadi pengeluar pertama menggunakan pemproses ini pada komputer riba dengan kod nama “Primus” yang sedang dibangunkan. Sekiranya semua berjalan lancar, ia akan memasuki pasaran pada tahun 2019.

Komen