ASUS ROG Rapture Diperkenalkan – Penghala WiFi Pertama Dengan Sambungan 10Gbps

ASUS ROG Rapture Diperkenalkan – Penghala WiFi Pertama Dengan Sambungan 10Gbps

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Di acara Consumer Electronics Show pada awal tahun ini, konsortium IEEE menunjukkan kebolehan piawaian WiFi terbaru, 802.11ax, dimana penghala (router) yang menggunakan teknologi tersebut dilihat mampu menghantar data selaju 11Gbps melalui sambungan WiFi.

Asus ROG Rapture

Terkini, nampaknya pihak ASUS dilihat menjadi diantara pembuat peranti rangkaian WiFi pertama yang akan menggunakan piawaian terbaru ini melalui router WiFi terbaru mereka, ASUS ROG Rapture RT-AX11000. Ia dilengkapi dengan sokongan untuk OFDMA yang membolehkan pelbagai pengguna untuk menyambung kepada frekuensi sambungan 2.4GHz dan 5GHz, disamping meningkatkan penghantaran data sebanyak 4x berbanding dengan piawaian 802.11ac sebelum ini, sehingga 11Gbps.

Router ini juga hadir dengan ciri GameBoost yang membolehkan anda memastikan bahawa komputer-komputer yang bersambung dalam rangkaian sama mendapat keutamaan paket data apabila bermain permainan atas talian, ataupun memuat turun permainan komputer.

Bagi mereka yang lebih gemar menggunakan sambungan kabel, router ROG Rapture ini juga hadir dengan palam Gaming Port yang menggunakan palam 2.5G Tbase yang menjanjikan penghantaran data yang pantas dan diberikan keutamaan kepada peranti yang disambungkan kepadanya.

Router ROG Rapture ini juga hadir dengan sebuah butang Boost Key, yang boleh mengaktifkan ciri GameBoost ataupun DFS (Dynamic Frequency Selection) untuk menyambungkan peranti anda ke frekuensi yang kurang digunakan dengan automatik.

Menurut pihak ASUS, router ASUS ROG Rapture RT-AX11000 ini akan hadir ke pasaran dunia pada suku ketiga ataupun keempat 2018. Buat masa ini, tanda harga untuk router ini belum diumumkan.


TIPS & ULASAN