Cari @ Amanz

Sewaktu pengumuman pihak ASUS mengenai ASUS ROG Phone, pihak ASUS juga dilihat menunjukkan beberapa aksesori yang boleh digunakan dengan palam USB 3.1 Type-C di bahagian tepi peranti pintar tersebut.

Palam USB 3.1 Type-C di bahagian tepi ROG Phone ini mampu menyambungkan pelbagai jenis peranti kepada telefon tersebut, termasuklah papan kekunci, tetikus dan juga paparan skrin, tetapi ASUS juga hadir dengan dua buah aksesori yang boleh digunakan untuk memperbaiki lagi pengalaman anda sewaktu menggunakan ROG Phone ini.

Aksesori-aksesori yang disebutkan ini termasuklah AeroActive Cooler, sebuah penyejuk luaran mudah alih, TwinView Dock yang menambahkan paparan kedua untuk ROG Phone ini, dan juga Mobile Desktop Dock yang membolehkan pengguna mamancarkan paparan skrin ROG Phone ini kepada paparan skrin desktop.

Penyejuk AeroActive Cooler ialah sebuah aksesori penyejuk yang bekerjasama dengan sistem penyejukan vapor chamber GameCool untuk mengalirkan haba dari permukaan telefon ini supaya anda boleh bermain permainan komputer anda dengan lebih nyaman dari biasa.

Aksesori TwinView Dock pula ialah sebuah dok paparan yang membolehkan anda menggerakkan dua aplikasi pada masa yang sama tanpa perlu berkongsi skrin. Menurut pihak ASUS, buat masa ini, TwinView Dock ini boleh digunakan untuk tujuan tersebut sahaja, dan mereka sedang bekerjasama dengan pelbagai studio permua untuk membolehkan syarikat-syarikat tersebut untuk mereka permua yang boleh menggunakan kedua-dua paparan tersebut.

Mobile Desktop Dock ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia membolehkan pengguna memancarkan skrin peranti pintar mereka kepada sebuah paparan skrin yang lebih besar. Aksesori ini hadir dengan beberapa port USB 3.1 Type-A dan Type-C, dan juga port HDMI dan DisplayPort untuk menyambungkan peranti mereka ke paparan-paparan lebih besar tersebut.

Asus WiGig Dock ialah aksesori menarik yang membolehkan paparan pada skrin peranti dipancarkan terus kepada televisyen dengan masa pendam yang rendah sekitar 20ms. Sebuah alat pengawal hari dengan dermaga ini dan dihasilkan oleh Gamevice. Dengan WiGig Dock, pengguna ROG Phone boleh memainkan permua pada skrin TV dengan alat kawalan seakan konsol bagi keselesaan yang maksimum.

Buat masa ini, aksesori-aksesori ini dikatakan akan hadir sekitar waktu pelancaran ASUS ROG Phone di pasaran antarabangsa kelak, bergantung kepada beberapa faktor. Tanda harga untuk aksesori-aksesori ini juga masih belum diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd