Wanita Disaman Kerana Menggunakan Apple Watch Ketika Memandu

Wanita Disaman Kerana Menggunakan Apple Watch Ketika Memandu

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Jam tangan pintar  direka bagi mengurangkan gangguan dalam kehidupan. Notifkasi yang diterima pada jam tangan pintar didapati dapat mengurangkan kekerapan seseorang pengguna menggunakan telefon pintar mereka. Dari pengalaman peribadi memang kami kurang diganggu selepas menggunakan jam tangan pintar. Tetapi adakah menggunakan jam tangan pintar ketika memandu sama salahnya di sisi undang-undang seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu?

Apple Watch

Di Ontario, Kanada seorang wanita perlu membayar sama yang diterima kerana menggunakan Apple Watch ketika memandu. Victoria Ambrose ditahan polis dan dikenakan saman April lalu. Beliau cuba menentang saman lalu lintas yang diterima kerana menurut beliau menggunakan Apple Watch ketika memandu tidak sama seperti menggunakan telefon. Tiada klausa di dalam undang-undang mengatakan seseorang boleh disaman kerana menggunakan jam tangan pintar. Malahan beliau menggunakan alasan hanya ingin melihat waktu ketika disaman.

Tetapi menurut pegawai polis yang mengeluarkan saman, beliau melihat Victoria melihat Apple Watch sebanyak empat kali ketika berhenti di lampu isyarat. Selepas lampu bertukar hijau, beliau masih tidak bergerak sehingga diberikan isyarat oleh pegawai polis. Hakim mendapati alasan yang diberikan tidak munasabah dan mengarahkan agar Victoria membayar saman yang diterima. Menurut hakim lagi menggunakan Apple Watch sehingga mengganggu tumpuan memandu adalah sama dengan menampal telefon pintar pada pergelangan tangan.

Di Malaysia memegang telefon pintar ketika lampu isyarat berwarna merah masih lagi salah di sisi udang-undang. Walaubagaimanapun masih tiada klausa yang mengatakan penggunaan jam tangan pintar dalam situasi yang sama salah di sisi undang-undang.


TIPS & ULASAN