Carian
Golongan Remaja Didapati Semakin Ramai Meninggalkan Facebook
June 4, 2018 Fahim Zahar

Facebook adalah antara platform media sosial yang paling popular. Ia digunakan oleh pelbagai pengguna tidak kira umur. Sejak isu skandal data Facebook berkait dengan Cambridge Analytics – ramai mula berhenti menggunakan Facebook dan risau akan data mereka dicuri. Di Amerika Syarikat (AS), jumlah remaja yang menggunakan Facebook kini dilihat semakin menurun.

Jumlah remaja di AS yang menggunakan Facebook menurun kerana mereka kini memilih platform media sosial lain seperti Snapchat dan Instagram. Menurut kajian daripada Pew Research Center pada tahun 2015 sebanyak 71% remaja berumur antara 13 – 17 tahun menggunakan Facebook. Manakala pada tahun 2018 kadar remaja menggunakan Facebook menurun kepada 51%.

Penurunan kadar remaja yang menggunakan Facebook ini berlaku adalah kerana mereka berpindah dan fokus kepada platform media sosial lain. Kini, kadar penggunaan Snapchat, meningkat kepada 69%, YouTube 85% dan Instagram sebanyak 72%.

Selain itu, kaji selidik pada bulan Februari lepas – sebanyak 9.9% penurunan berlaku berbanding tahun 2017 dan ini adalah pengguna berumur daripda 12 – 17 tahun. Syarikat yang membuat kaji selidik ini adalah eMarketer dan mereka turut membuat ramalan sebanyak 2.1 Juta pengguna berumur bawah 25 tahun meninggalkan Facebook.

Komen