Mungkinkah Vivo X21 Berharga RM2399 Di Malaysia?

Mungkinkah Vivo X21 Berharga RM2399 Di Malaysia?

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Vivo X21 merupakan salah satu telefon pintar berkuasa tinggi daripada Vivo, yang mana hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Ia boleh dikatakan antara peranti terawal yang hadir dengan sokongan berkenaan.

Di Malaysia, ia bakal dilancarkan secara rasminya esok. Tetapi, seperti biasa beberapa penjual telah mengambil pra-tempahan untuknya. Melalui DirectD, ia dilihat Vivo X21 akan dijual di Malaysia pada harga RM2399.

Vivo X21 hadir dengan skrin 6.28-inci dengan paparan HD-penuh, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera 12MP + 5MP dibelakang, selain kamera swa-foto 12-megapixel.

Selain integrasi pengimbas cap jari pada skrin, ia juga turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas padanya.

Jadi, pada harga RM2399, adakah peranti ini berbaloi untuk anda?


TIPS & ULASAN