Penduduk China Kini Boleh Memfailkan Cerai Menerusi WeChat

Penduduk China Kini Boleh Memfailkan Cerai Menerusi WeChat

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Cara manusia moden bertemu pasangan banyak berubah berbanding generasi dahulu. Jika ibu bapa kita menghantar surat, generasi semasa lebih selesa menggunakan aplikasi seperti Tinder. Di China mereka lebih maju selangkah dengan wujudnya fungsi memfailkan perceraian menerusi aplikasi WeChat.

Butang “failkan penceraian” mula diberikan kepada pengguna WeChat di Guangdong. Selepas ditekan, pengguna kemudian boleh melakukan temu janji dengan pegawai pendaftaran perceraian tempatan. Buat masa ini butang bercerai ini hanya ditawarkan di Guangdong dengan perancangan untuk menawarkannya ke seluruh China.

Bercerai menggunakan WeChat mungkin kedengaran aneh bagi kita tetapi di China aplikasi ini boleh digunakan sebagai ganti kad pengenalan diri, passport, e-dompet dan maklumat percukaian. Malahan ia turut mempunyai butang untuk mendaftarkan perkahwinan. Oleh itu butang bercerai bukanlah sesuatu yang aneh.


TIPS & ULASAN