Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC, sekaligus memperlihatkan sejumlah ciri-ciri baru yang bakal hadir ke sistem operasi mudah-alih mereka, iOS. Versi seterusnya akan dikenali dengan nama iOS 12, dan dilihat Apple memfokuskan lebih kepada prestasi melalui sistem operasi akan datang ini.

Seperti semua sedia maklum, iOS 12 ditujukan untuk iPhone dan juga iPad. Apple mengatakan iOS 12 akan disokong pada pelbagai peranti yang menjalankan iOS 11 pada hari ini.

Apple iOS 12

Menurut Apple, pada iOS 12 kelak, aplikasi akan dapat dibuka dan diakses dengan lebih 40% pantas berbanding pada hari ini. Disamping itu, kekunci maya akan dipaparkan dengan lebih 50% pantas, sementara kamera dalam aplikasi boleh dibuka dengan 70% pantas.

Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan yang mana penggunaan CPU akan lebih dioptimasikan – dimana ia akan menggunakan tenaga lebih jika diperlukan sahaja, sekaligus menjimatkan bateri peranti berkenaan.

Selain prestasi, iOS 12 juga turut memfokuskan kepada ciri-ciri baru yang lain, terutamanya pada Siri. Siri pada iOS 12 menambah sokongan Shortcuts, yang mana membolehkan ia diakses dengan pantas daripada sebarang aplikasi. Tetapan sesuatu kata kunci turut boleh dilakukan oleh sesuatu aplikasi, sekaligus membawa kepada arahan yang ditujukan dengan lebih mudah.

Disamping itu, Siri juga kini hadir dengan sokongan Suggestions – dimana ia mengingatkan anda dengan sesuatu perkara penting. Sebagai contoh, Siri memaparkan anda notifikasi untuk membuat panggilan kepada rakan terdekat ketika ulang-tahun kelahiran mereka.

Apple Siri Suggestion

Pada aplikasi Photos pula, Apple kini menambah sebuah tab baru yang dinamakan sebagai “For You”, sekaligus memaparkan gambar dan memori anda melaluinya.

Apple Photos

Bersama-sama iOS 12 juga, Apple turut menyertakan sokongan panggilan video FaceTime secara berkumpulan, menawarkan sokongan untuk ia disertai oleh lebih 32 orang melaluinya. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menggunakan Animoji dan sebagainya pada FaceTime.

FaceTime

Dan akhir sekali, Apple turut memfokuskan kepada penggunaan peranti dengan lebih berkualiti – sekaligus membolehkan anda mengehadkan masa yang dihabiskan pada sesuatu peranti, selain melihat cara penggunaan peranti anda setiap hari.

Apple Limits

Apple Limits

Kemaskini iOS 12 ini akan ditawarkan untuk semua peranti iOS 11 sedia ada, dan dijangka ditawarkan sekitar September atau Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd