Apple macOS 10.14 Diumumkan – Dikenali Dengan Nama Kod “Mojave”

Apple macOS 10.14 Diumumkan – Dikenali Dengan Nama Kod “Mojave”

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Bersama-sama pengenalan iOS 12 yang akan menyusul kepada semua peranti dalam beberapa bulan lagi, pihak Apple turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini bagi sistem operasi perkomputera mereka, iaitu macOS.

macOS seterusnya adalah macOS 10.14 yang akan dikenali dengan nama “Mojave”.

macOS Mojave

Seperti ketirisan sebelum ini, “Mojave” hadir dengan sokongan tema gelap yang serba baru dan lebih menyeluruh berbanding sebelum ini. Ia sekaligus memberikan keselesaan kepada mata ketika pengguna menggunakan komputer pada waktu malam.

Disamping tema gelap yang baru, kini Apple turut memfokuskan untuk menjadikan desktop tidak lagi “bersepah”. Apple menjayakan perkara ini melalui “Stacks”. Melaluinya, pelbagai fail disusun secara automatik berdasarkan kepada jenis fail dan format – dan tidak lagi membiarkan ia bersepah pada desktop.

Apple macOS

Apple juga turut mengumumkan antaramuka baru untuk Mac App Store, dimana kini ia mengambil inspirasi App Store pada iOS. Kandungan dipaparkan dengan lebih baik, selain turut menyertakan paparan aplikasi pilihan setiap hari.

Mac App Store

Pada Finder pula, Apple kini turut menambah sokongan dinamakan Gallery View yang membolehkan anda pra-lihat fail anda.

Tidak ketinggalan juga adalah dari segi penambah-baikkan sekuriti dan privasi melalui sistem operasi baru ini. Apple juga menambah beberapa aplikasi baru, termasuk Apple News untuk desktop.

macOS Mojave ini akan ditawarkan secara percuma sebagai kemaskini untuk pengguna macOS sedia ada sekitar September atau Oktober kelak.


TIPS & ULASAN