Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita sedia melihat Microsoft membawa sokongan yang memudahkan para pembangun hadir dengan aplikasi sama yang dijalankan pada skrin peranti mudah-alih, selain pada masa yang sama di desktop. Kini, Apple turut mengikut jejak, dan mengumumkan perkara lebih kurang sama.

Pada WWDC 2018 yang diadakan hari ini, Apple memperlihatkan sokongan yang membolehkan para pembangun aplikasi untuk dengan mudah mengubah aplikasi iOS untuk dijalankan terus ke macOS.

Apple buat masa ini telah mulakan ujian framework baru berkenaan, sekaligus membawa aplikasi seperti Apple News dan beberapa yang lain ke desktop. Apple menjayakan perkara ini dengan mengintegrasikan UIKit daripada iOS terus ke macOS, sekaligus memudahkan pengguna menggunakan aplikasi iOS pada desktop dengan input melalui tetikus dan papan kekunci fizikal.

Apple sekadar memperlihatkan sokongan ini sahaja buat masa ini, dan dijangka akan membukanya kepada para pembangun pada 2019 kelak.

Dengan langkah ini juga, ia dijangka bilangan aplikasi untuk macOS akan terus bertambah dengan pesat berbanding pada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd