Cari @ Amanz

Apple hari ini turut telah memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru untuk Mac App Store, sekaligus menjadikan ia selari dengan rekaan App Store pada iOS.

Mac App Store

Melalui rekaan baru ini, ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk mengetahui berkenaan dengan sesuatu aplikasi dengan mudah, tetapi turut menambah ciri pra-lihat berasaskan video pada Mac App Store.

Mac App Store

Disamping itu, Apple turut menambah ciri “Discover” pada Mac App Store bagi membolehkan pengguna melihat kandungan berkaitan dan aplikasi menarik yang diketengahkan pada setiap hari.

Kemaskini Mac App Store baru ini akan hadir bersama-sama dengan macOS Mojave yang bakal menyusul tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd