Cari @ Amanz

FaceTime merupakan salah satu sokongan popular pada iOS yang membolehkan pengguna membuat panggilan video. Hari ini, pada acara WWDC, Apple turut mengumumkan sokongan panggilan video berkumpulan pada aplikasi berkenaan.

Melalui sokongan berkenaan, seseorang boleh melakukan panggilan video berkumpulan bersama lebih 32 orang pada sesuatu masa. Dengan sokongan angka pengguna yang ramai berkenaan, ia boleh dikatakan bukan sahaja ditujukan untuk pengguna kasual, tetapi boleh turut digunakan untuk panggilan video berkumpulan dalam perusahaan.

Seperti biasa, pengguna turut boleh mengakses ciri lain seperti Animoji ketika dalam panggilan, selain turut mengubah kepada mod panggilan audio sahaja untuk menjimatkan penggunaan data.

Ciri baru ini akan hadir bersama iOS 12 yang akan datang tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd