Apple iOS 12 Akan Memudahkan Anda Mengawal Ketagihan Menggunakan Peranti

Apple iOS 12 Akan Memudahkan Anda Mengawal Ketagihan Menggunakan Peranti

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Beberapa syarikat kini mula memperkenalkan ciri mengawal ketagihan menggunakan peranti, termasuk kini Apple melakukan perkara sama melalui iOS 12.

Pada hari ini, boleh dikatakan ramai pengguna yang sering menyemak peranti mereka setiap masa, selain turut menggunakan sesuatu aplikasi untuk tempoh masa yang lama. Untuk mengatasi masalah berkenaan, Apple kini hadir dengan beberapa ciri baru pada iOS 12.

Apple Limits

Apple Limits

Yang pertamanya adalah App Limits. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan berapa lama anda ingin menghabiskan masa pada sesuatu aplikasi setiap hari. Sebagai contoh, sekiranya anda menetapkan menggunakan Instagram untuk hanya sejam sehari, maka anda akan diperlihatkan dengan notifikasi apabila menghampiri had masa berkenaan, dan akan memaparkan notiifkasi yang menutup keseluruhan aplikasi apabila anda mencapai tempoh masa berkenaan.

Apple Limits

Selain daripada itu, anda juga kini boleh melihat corak penggunaan aplikasi pada peranti anda, serta melihat apakah aplikasi yang sering diakses oleh anda.

Apple turut menyertakan sokongan untuk para ibu bapa mengawal penggunaan peranti oleh anak-anak mereka melalui kawalan khusus.

Kesemuanya ciri baru ini akan menyusul pada iOS 12 yang dijangka hadir sekitar September atau Oktober kelak.


TIPS & ULASAN