Carian
Apple Memperkenalkan watchOS 5 – Hadir Bersama Aplikasi “Walkie-Talkie”
June 5, 2018 Aman

Selain daripada pengenalan sistem operasi baru untuk telefon pintar dan juga komputer, Apple turut tidak melupakan sistem operasi jam tangan pintar mereka, sekaligus memperkenalkan watchOS 5. Seperti semua sedia maklum, ia ditujukan untuk Apple Watch, dan menyertakan beberapa ciri-ciri baru.

Apple wacthOS

Menarik perhatian ramai adalah sebuah aplikasi Walkie-Talkie. Melaluinya, pengguna boleh merakamkan mesej dan menghantar kepada rakan mereka yang lain. Seperti biasa, penerima akan dapat notifikasi, dan mendengar mesej berkenaan.

watchOS 5 ini juga akan membawa sokongan aplikasi Podcast, sekaligus mendengar pelbagai podcast dengan mudah terus daripada Apple Watch.

Apple wacthOS

Selain daripada itu, kini Apple Watch akan mengenal-pasti sesuatu senaman secara automatik, dan merekodkannya. Disamping itu, Apple Watch akan terus menerima integrasi Siri padanya – termasuk boleh terus mengangkat pergelangan tangan dan bertanyakan kepada Siri, tanpa perlu mengatakan “Hey, Siri”.

Ciri-ciri baru ini akan hadir ke Apple Watch melalui kemaskini baru sekitar September atau Oktober kelak.

Komen