Apple Menjenamakan Semula iBooks Kepada Apple Books

Apple Menjenamakan Semula iBooks Kepada Apple Books

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

iBooks merupakan salah satu aplikasi popular yang ditawarkan oleh Apple, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna untuk mengakses pelbagai kandungan digital bertulis dengan mudah. Kini, bersama-sama pengenalan iOS 12, pihak Apple turut memberikan nafas baru untuk aplikasi berkenaan dari segi penjenamaan dan juga antaramuka.

Apple Books

iBooks kini dikenali dengan nama Apple Books, selain turut menerima rekaan antaramuka baru selari seperti pada App Store.

Kini, pengguna boleh melihat koleksi buku menarik untuk dibaca, selain turut memperlihatkan ringkas buku yang anda baca baru-baru ini. Apple turut menyelarikan navigasi dan penggunaan aplikasi berkenaan seperti App Store, sekaligus lebih memudahkan para pengguna.

Apple Books ini akan dilancarkan bersama-sama iOS 12 kelak, sekitar September atau Oktober ini.


TIPS & ULASAN