Memoji Pada iOS 12 Membolehkan Pengguna Menghasilkan Avatar 3D Berwajah Sendiri

Memoji Pada iOS 12 Membolehkan Pengguna Menghasilkan Avatar 3D Berwajah Sendiri

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Animoji membolehkan pengguna iPhone X mengawal animasi emoji terpilih menggunakan wajah mereka sendiri. Di acara WWDC yang berlangsung pagi ini, Apple memperkenalkan pula Memoji yang membolehkan pengguna menghasilkan avatar 3D yang kelihatan seperti wajah mereka sendiri.

Bolehkah dikatakan Memoji ialah jawapan Apple kepada AR Emoji yang diperkenalkan oleh Samsung pada Galaxy S9. Seperti AR Emoji, pengguna boleh melakukan kustomasi pada avatar Memoji.  Walau bagaimanapun Memoji hanya ditawarkan untuk bahagian kepala dan bukannya keseluruhan tubuh seperti AR Emoji.

Antara kustomasi yang boleh dilakukan ialah bentuk wajah, mulut, hidung, mata, rambut, kulit, kaca mata, aksesori dan juga hijab. Pada waktu yang sama ia boleh mengesan kedudukan lidah yang juga boleh digunakan pada Animoji. Akhir sekali empat watak baru dalam bentuk hantu, koala, harimau dan T-Rex kini diperkenalkan ke dalam Animoji. Kesemua Animoji dan Memoji boleh digunakan di dalam aplikasi iMessage apabila ia diperkenalkan dengan kemaskini iOS 12 pada peranti yang dilengkapi pengimbas 3D (seperti iPhone X) kelak.


TIPS & ULASAN