Pada sistem operasi iOS, boleh dikatakan salah satu perkara yang kurang digemari adalah paparan notifikasi. Notifikasi sebelum ini tidak dihimpunkan sekali – sekaligus membuatkan anda perlu menatal skrin notifikasi sehingga kebawah untuk memadam kesemuanya.
Pada iOS 12, pihak Apple mengatasi masalah berkenaan.
Kini, pengguna boleh menghimpunkan notifikasi daripada sesuatu aplikasi bersama – sekaligus swipe ia untuk memadamnya daripada paparan skrin notifikasi. Langkah ini dikatakan akan mengurangkan gangguan kepada pengguna, sekaligus membolehkan anda menghabiskan masa dengan lebih berkualiti.
Disamping itu, pengguna turut boleh mengawal aplikasi supaya tidak memaparkan notifikasi pada skrin kunci, selain tangguh akan paparan notifikasi untuk sesuatu aplikasi – yang amat berguna sekiranya anda dalam sesuatu mesyuarat.
Ke semua ciri baru ini akan hadir ke iPhone dan iPad anda melalui iOS 12 kelak.