Komputer Riba Vaio Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Komputer Riba Vaio Akan Kembali Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Vaio dulunya adalah salah satu jenama komputer riba milik Sony. Namun, perniagaan berkenaan telah dijual oleh pihak Sony, sekaligus membuatkan tiada lagi komputer riba berjenama Vaio ditawarkan di Malaysia sejak empat tahun lepas.

Namun, perkara berkenaan bakal berubah tidak lama lagi.

Pihak Vaio mengumumkan mereka akan kembali ke beberapa negara selain Jepun tidak lama lagi, termasuk di Hong Kong, Macau, Malaysia, Singapura dan juga Taiwan.

Pengumuman ini dilakukan oleh pihak Vaio bersama-sama pengenalan Vaio S11 dan juga Vaio S13.

VAIO

Vaio S11 dan Vaio S13 ini masing-masing hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci dan juga 13.3-inci. Ia hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5/i7 generasi kelapan, memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB SSD.

Komputer riba berjenama VAIO ini dijangka hadir sekitar bulan Ogos kelak untuk pasaran tempatan. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman Vaio Malaysia hari ini.


TIPS & ULASAN