Cari @ Amanz

BlackBerry bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya esok, iaitu BlackBerry Key2. Namun, seperti biasa, kini gambar peranti berkenaan tertiris ke arena web, dan dikongsikan oleh @evleaks.

BlackBerry Key2 merupakan kemaskini untuk peranti BlackBerry KeyOne sebelum ini. Ia mengekalkan sejumlah elemen daripada generasi sebelumnya, termasuk penggunaan skrin sentuh bersama sokongan papan kekunci fizikal dibawahnya.

BlackBerry Key2

BlackBerry Key2 ini dilihat akan menjalankan sistem operasi Android, selain dilengkapi sejumlah sokongan aplikasi daripada BlackBerry. Pada bahagian papan kekunci pula, ia dilihat sebuah kekunci pintas baru ditambah – yang mana kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenainya ketika pelancarannya kelak.

Selain daripada itu, dari segi fizikal peranti berkenaan, BlackBerry Key2 turut dilihat membawa sokongan dwi-kamera belakang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti berkenaan tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd