Marc Jacobs Melancarkan Riley Touchscreen – Jam Tangan Wear OS Pertama Mereka

Marc Jacobs Melancarkan Riley Touchscreen – Jam Tangan Wear OS Pertama Mereka

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Wear OS adalah nama baharu bagi Android Wear. Ia adalah sistem operasi berasaskan Android untuk jam tangan pintar. Ia turut membawa pelbagai ciri menarik seperti sokongan pembantu maya Google Assistant. Kini Marc Jacobs mengikuti langkah seperti Fossil, Kate Spade atau juga Tag Heur dengan melancarkan Riley Touchscreen – iaitu jam tangan Wear OS pertama mereka.

Sebelum ini, Marc Jacobs turut mempunyai jam dengan siri Riley – tetapi ia bukanlah jam tangan pintar tetapi hanya jam tangan hibrid dengan sedikit ciri/fungsi pintar. Riley Touchscreen ini menggunakan skrin AMOLED 1.19-inci, dijana dengan Snapdragon 2100, menyokong pengecasan tanpa wayar dan juga mempunyai kalis air dengan pensijilan IP67.

Marc Jacobs menawarkan 4 variasi warna untuk Riley Touchscreen iaitu, hitam pusam dengan tali silikon hitam, emas dengan tali silikon putih, hitam dengan tali hitam kemasan kulit buaya dan juga akan datang adalah variasi putih emas. Harga jam tangan pintar ini akan mula dijual harini pada harga bermula USD295 (~RM1173) dan USD350 (~RM1392) sahaja.


TIPS & ULASAN