Oppo Find X Bakal Dilancarkan Pada 19 Jun

Oppo Find X Bakal Dilancarkan Pada 19 Jun

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Oppo telah hadir dengan gambar acah untuk peranti Find X pada minggu lepas. Hari ini, pengeluar peranti terkemuka dari China berkenaan mengesahkan yang mana peranti seterusnya daripada mereka akan dinamakan Find X, dan bakal dilancarkan pada 19 Jun 2018 kelak.

Siri Find daripada Oppo sering memfokuskan kepada penawaran spesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri eksklusif. Namun, Oppo tidak mengeluarkan versi terbaru siri Find sejak 2014 yang lepas. Versi terakhir yang dilancarkan adalah Oppo Find 7.

Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan oleh Find X masih menjadi tanda tanya. Berkemungkinan kita akan dapat melihat sokongan pengecasan yang lebih pantas, selain keupayaan kamera lebih baik melalui peranti berkenaan kelak.

Seperti biasa, sama-sama nantikan 19 Jun ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Oppo.


TIPS & ULASAN