Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 7A. Peranti ini dilancarkan secara eksklusif oleh Honor bersama-sama pihak Shopee.

Honor 7A

Honor 7A merupakan peranti berspesifikasi asas-pertengahan. Ia hadir dengan skrin 5.7-inci dengan resolysi 1440×720 pixel, serta menggunakan nisbah skrin 18:9. Peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 430.

Untuk rakaman gambar, Honor 7A menggunakan kamera 13-megapixel dibelakang, selain kamera 8-megapixel dihadapan. Honor juga mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan speaker yang lebih kuat berbanding peranti lain pada harganya.

Honor 7A hadir dengan sokongan tiga slot – iaitu dua untuk kad-SIM bersaiz nano, selain satu slot untuk mikro-SD. Dengannya, kini anda boleh menggunakan dwi-SIM dan mikro-SD pada waktu yang sama – berbeza dengan penggunaan slot hibrid sebelum-sebelum ini.

Walaupun menawarkan spesifikasi asas-pertengahan, pihak Honor masih menyertakan beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya, termasuk sokongan Face Unlock padanya. Peranti ini juga dioptimasikan untuk rakaman swafoto, termasuk sokongan pencahayaan lembut dihadapan.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 7A akan ditawarkan melalui Shopee bermula 8 Jun ini, pada harga bermula RM479 untuk model 2GB RAM/16GB, sementara berharga RM569 untuk model 3GB RAM/32GB storan.

Honor 7A Shopee

Honor 7A Shopee

Menariknya, untuk Honor Day yang akan diadakan pada 8 Jun 2018 ini, ia akan ditawarkan pada harga RM429 untuk model 2GB RAM/16GB storan melalui laman jualan Shopee.

Honor 7A Shopee

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd