Honor Bakal Melancarkan Set Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Pengesan Nadi Terbina
Artikel Berkaitan

Honor Bakal Melancarkan Set Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Pengesan Nadi Terbina

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Honor adalah sub-jenama daripada Huawei dan bagi yang tidak tahu, Honor bukan sahaja menghasilakan telefon pintar tetapi juga aksesori berkaitan dengan audio. Terkini, Honor memperlihatkan poster pelancaran set fon telinga tanpa wayar xSport mereka yang terbaru.

 

Sejajar dengan penggunaan “sport” pada nama siri set fon telinga Honor ini, mereka memfokuskan untuk mereka yang gemar mendengar muzik sambil bersukan atau melakukan aktiviti luar. Set fon telinga tanpa wayar ini menggunakan Bluetooth untuk penyambungan dan lebih menarik ia mempunyai pengesan nadi terbina untuk menjejak kesihatan pengguna.

Menurut sumber, set fon telinga ini mungkin akan dijual pada harga lebih RMB299 (~RM185) sahaja. Spesifikasi dan butiran lanjut mengenai set fon telinga ini akan diketahui pada hari pelancarannya esok, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN