ROG Ryujin Dan Ryuo Dilancarkan – Sistem Penyejuk CPU Menggunakan Cecair AIO Dengan Sistem Lampu Aura Sync

ROG Ryujin Dan Ryuo Dilancarkan – Sistem Penyejuk CPU Menggunakan Cecair AIO Dengan Sistem Lampu Aura Sync

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Terdapat banyak produk Asus dilancarkan serentak. Yang mendapat perhatian ialah ROG Phone, ROG STRIX SCAR II dam ROG STGRIX HERO II. Tetapi bagi pembina PC sendiri, Asus turut melancarkan dua sistem penyejuk CPU iait ROG Ryujin dan ROG Ryuo.

ROG Ryujin ialah sistem penyejuk CPU premium yang hadir dalam dua pilihan saiz radiator 240 mm dan 360 mm. Sistem penyejukan ini turut dilengkapi sistem lampu Aura Sync dan skrin LCD LiveDash sebesar 1.77”. Pengguna boleh memaparkan gambar dalam format JPG atau GIF beranimasi pada skrin ini. Sekiranya perlu maklumat mengenai sistem PC juga boleh dipaparkan pada skrin ini. Kipas penyejuk Noctura iPPC-2000 PWM sebesar 120mm digunakan bagi memberikan pengudaraan yang optimum.

ROG Ryuo pula mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Ryujin. Ia diotawarkan dalam dua pilihan saiz radiator iaitu 120mm dan 240mm. Skrin LCD LiveDash sekali lagi disertakan pada sistem penyejukan cecair AIO ini. Kipas penyejukan pada Ryuo berbeza kerana hanya menggunakan kupas rekaan Asus yang berfungsi sedikit lebih bising. Kedua-dua sistem penyejuk CPU ini bakal hadir pada suku ke-tiga 2018 tetapi harga juala masih belum diumumkan setakat ini.


TIPS & ULASAN