Cari @ Amanz

Tidak terhad kepada komputer riba dan telefon pintar untuk peminat permainan video, empat komputer riba VivoBook baru turut dilancarkan hari ini iaitu VivoBook S15, S14, S13 dan Flip 14 masing-masing dengan fungsi menarik tersendiri

Asus Vivobook S15 dan VivoBook S14 ialah komputer riba yang dijana oleh pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke-lapan, kad grafik NVIDIA GeForce MX150, memori sehingga 16GB DDR4, storan SSD sehingga 512 dan storan HDD sehingga 2TB.

Skrin NanoEdge 15.6″ HD penuh S15 mempunyai luas permukaan skrin mencecah 86% dan skrin 14″ HD penuh pada S14 pula mencecah 84%. Apabila skrin dibuka, sistem engsel ErgoLift akan menaikkan bahagian belakang komputer riba bagi meningkatkan aliran udara. Walaupun saiz skrin berbeza, kedua-dua model dilengkapi bateri sebesar 42Wh yang sama. Kedua-dua komputer riba hadir dalam lima pilihan warna iaitu hijau. kelabu, biru, gun metal dan emas. Akhir sekali S15 adalah sebesar 1.8 kg manakala S14 pula seberat 1.4kg.

Asus VivoBook S13 (S330) pula ialah komputer riba pertama Asus dengan skrin NanoEdge empat penjuru. Ini membolehkan skrin sebesar 13.3″ HD penuh LED digunakan pada kerangka yang biasanya ditemui pada komputer riba dengan skrin 11″. Pilihan pemproses adalah sehingga Intel Core i7 generasi ke-lapan, kad grafik NVIDIA Geforce MX150, memori sehingga 16GB LPDDR3, storan SATA SSD sehingga 512GB dan bateri sebesar 42Wh. Sokongan lampu disertakan pada papan kekunci. Komputer riba ini ditawarkan dalam warna Rose Gold dan Icecicle Gold.

Akhir sekali ialah Asus VivoBook Flip 14 (TP412) ialah sebuah komputer riba boleh ubah dua dalam satu. Skrin 14″ IPS HD penuh yang digunakan boleh diputar sehingga 360 darjah bagi menggunakan komputer riba ini sebagai tablet. Stylus Asus Pen disokong oleh skrin sesentuh yang digunakan pada komputer riba ini. Ia dijana dengan pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke-lapan, memori sehingga 16GB RAM dan storan SSD sehingga 1TB. Terdapat pengimbas cap jari pada pad sesentuh yang menyokong sistem Windows Hello. Akhir sekali bateri sebesar 42Wh membekalkan kuasa kepada Flip 14 yang sebesar 1.5kg ini.

Harga untuk keempat-empat model komputer riba Asus Vivobook di atas masih belum diumumkan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd