Asus VivoWatch BP Membolehkan Anda Memantau Kadar Tekanan Darah

Asus VivoWatch BP Membolehkan Anda Memantau Kadar Tekanan Darah

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Asus sedia hadir dengan jam tangan pintar berspesifikasi rendah, dinamakan VivoWatch sebelum ini. Pada acara Computex 2018 yang diadakan hari ini, Asus turut memperkenalkan variasi jam tangan pintar berkenaan yang terbaru dinamakan VivoWatch BP.

Asus VivoWatch BP hadir dengan sokongan bateri bertahan selama 28 hari, bentuk muka-jam empat segi dengan bucu membulat, serta menariknya sokongan untuk memantau kadar tekanan darah.

ASUS VivoWatch BP

Asus menggunakan sensor ECG (untuk memantau kadar denyutan nadi) dan PPG untuk tujuan memantau kadar tekanan darah. Ia mengambil masa sekitar 15-25 saat untuk menghasilkan bacaan.

Selain daripada kadar tekanan darah, ia turut hadir dengan sokongan untuk memantau kadar denyutan nadi, kualiti tidur, dan aktiviti kecergasan lain.

Asus turut menyertakan sebuah aplikasi khusus bersama VivoWatch BP yang menawarkan kemudahan untuk melihat pelbagai carta mengenai kesihatan anda, termasuk sokongan HealthAI yang memberikan cadangan untuk menambah-baik gaya hidup anda.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah jam tangan pintar ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN