Asus VG49V Adalah Monitor Gaming Melengkung 49″ Dengan Nisbah 32:9

Asus VG49V Adalah Monitor Gaming Melengkung 49″ Dengan Nisbah 32:9

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Hari ini di acara Computex 2018, ASUS turut melancarkan monitor baru khusus untuk peminat permainan video. Monitor tersebut adalah ASUS VG49V – sebuah monitor adi-ultralebar bersaiz 49-inci.

ASUS VG49V ini menggunakan panel 1800R dengan skrin DFHD beresolusi 3840 x 1080. Ia mempunyai kadar segar semula yang boleh diubah daripada 48Hz-144Hz untuk memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengagumkan. Menjadikan monitor Asus ini lebih menarik adalah ia mempunyai sokongan AMD Freesync. Untuk penyambungan pula, ASUS VG49V ini  mempunyai x1 Display Port 1.2, x2 HDMI 2.0 dan x1 bicu audio 3.5mm.

Selain itu, untuk masa maklum balas gambar bergerak ia mempunyai kadar pada serendah 1ms. Monitor ini juga mempunyai dua pembesar suara 5W terbina. Harga dan tarikh jualan monitor ini masih lagi belum diketahui, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN