Asus ZenBook S Hadir Dengan Rekaan Elegan Dan Tahan Lasak

Asus ZenBook S Hadir Dengan Rekaan Elegan Dan Tahan Lasak

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Bersama pengenalan beberapa komputer riba berspesifikasi tinggi, Asus turut mengambil peluang untuk memperkenalkan Asus ZenBook S bersaiz 13.3-inci.

Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang elegan, termasuk bahagian engsel yang sedikit unik untuk menjadikan papan kekunci sedikit diangkat sedikit untuk memberikan keselesaan ketika menaip.

Asus ZenBook S

Komputer riba ini hadir dengan cip Intel Core generasi kelapan, sokongan memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 1TB SSD. Asus turut menyertakan sokongan penyejukkan bagi memastikan ia sentiasa tidak melangkaui suhu yang telah ditetapkan. Baterinya hadir dengan jangka masa penggunaan 13.5 jam, selain boleh dicas sehingga 60% dalam masa 50 minit.

ASUS ZenBook S

ASUS ZenBook S

Menariknya juga, selain rekaan yang elegan, Asus turut melengkapkan ia dengan piawaian ketahanan MIL-STD-810G, sekaligus memperlihatkan yang mana komputer riba ini tahan lasak untuk digunakan pada pelbagai industri.

Asus menyasarkan untuk memasarkan komputer riba ini bermula Jun 2018 ini pada peringkat global.


TIPS & ULASAN