Cari @ Amanz

Bagi mereka yang mahu menjimatkan ruang pada meja, komputer desktop AIO ialah pilihan yang paling maakul. Kepada yang mencari AIO terkini, Asus Zen AiO 27 telah dilancarkan hanya beberapa jam yang lalu.

Walaupun ia adalah sebuah AIO, Zen AiO 27 ini dilengkapi spesifikasi yang tinggi. Skrin 27″ 4K UHD dengan sokongan sesentuh dipadankan dengan pemproses enam teras Intel Core i7-8700T, memori sehingga 32GB DDR4 RAM, storan SSD sehingga 512 GB dan storan HDD sehingga 2TB. Sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 turut disertakan bagi membolehkan AIO ini digunakan untuk sesi permainan video.

Tahun ini leher skrin telah dikemaskini bagi membolehkannya bergerak ke atas dan ke bawah serta berputar sehingga 45 darjah. Pilihan I/O juga cukup mewah iaitu  1 x USB-C Thunderbolt, 4 x USB 3.1, 1 x HDMI masuk, 1 x HDMI keluar, 1 x pembaca kad dan 1 x bicu audio. Paling menarik sekali terdapat sebuah pengecas tanpa wayar Qi terbina pada bahagian tapak. Harga dan tarikh jualan Asus Zen AiO 27 masih belum diumumkan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd