Carian
Intel Core i7-8086K Dilancarkan Dengan Kelajuan Mencapai 5Ghz Tanpa Lewahjam
June 5, 2018 Aman

Dengan acara Computex 2018 yang sedang berlangsung di Taiwan, pelbagai pengeluar komputer mengambil pentas utama untuk berkongsi pelbagai penawaran terkini mereka. Intel turut tidak ketinggalan, dan telah memperlihatkan penawaran cip pemprosesan terbaru mereka yang berupaya mencapai kelajuan 5.0Ghz.

Intel Core i7 808K

Cip pemprpsesan edisi khas yang mampu mencapai 5.0Ghz ini adalah Intel Core i7 8086K. Ia hadir dengan kelajuan pemprosesan 4Ghz, tetapi mampu mencapai 5Ghz dalam mod Turbo-Boost. Bagi anda yang sentiasa melewahjam pemprosesan anda, cip ini mampu menawarkan kelajuan yang lebih pantas lagi.

Intel akan memasarkan Intel Core i7 8086K ini bermula bulan Jun ini, dimana ia dipasarkan sebagai menyambut ulang-tahun ke-40 sejak pengenalan cip pemprosesan Intel 8086.

Komen