Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan cip pemprosesan edisi terhad, Intel juga pada Computex mengumumkan yang mana mereka telah membangunkan sebuah teknologi paparan baru yang mampu mengurangkan penggunaan bateri sehingga separuh berbanding penggunaan paparan hari ini.

Seperti semua sedia maklum, pada hari ini, kebanyakkan tenaga bateri pada peranti digunakan oleh panel paparan. Dengan mengurangkan tenaga yang digunakan oleh panel paparan, ia dijangka akan menawarkan masa penggunaan peranti beberapa jam tambahan.

Intel tidak berkongsi info penuh mengenainya. Mereka mengatakan Intel Low Power Display Technology akan hadir pada panel Sharp dan Innolux, yang mana akan mengurangkan penggunaan tenaga LCD sehingga separuh.

Dengan penggunaan panel ini juga, ia dijangka akan membawa tenaga penggunaan bateri beberapa peranti mencapai 28 jam.

Buat masa ini, Intel masih belum berkongsi berkenaan peranti-peranti yang akan hadir menggunakan sokongan Intel Low Power Display Technology ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd