AMD Malaysia Mengumumkan Pengurangan Harga Untuk CPU AMD Ryzen Generasi Pertama Dan Kedua

AMD Malaysia Mengumumkan Pengurangan Harga Untuk CPU AMD Ryzen Generasi Pertama Dan Kedua

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Dengan pengurangan kadar cukai GST ke 0 peratus yang dilaksanakan bermula bulan Jun 2018 ini, pelbagai syarikat teknologi dilihat mengurangkan harga-harga mereka.

AMD Malaysia tidak terkecuali, dan mereka baru sahaja mengumumkan pengurangan harga untuk semua model-model CPU AMD Ryzen mereka, termasuklah CPU Ryzen generasi pertama, kedua dan juga siri CPU Threadripper.

Pengumuman dari AMD Malaysia ini melihat penjimatan dari RM26 sehingga RM266 bermula pada bulan ini. Menurut AMD Malaysia lagi, pengurangan harga ini akan berterusan sehingga sistem pencukaian SST (Sales and Service Tax) dilaksanakan pada bulan September kelak, dimana syarikat tersebut akan menyemak semula harga CPU-CPU ini.

Dan ini adalah harga-harga baru untuk kesemua model CPU AMD Ryzen yang dijual di Malaysia:

Siri Model Harga Dengan 6% GST Harga Baru Tanpa 6% GST Penjimatan
AMD Ryzen™ 3 1200X RM 459.00 RM 433.00 RM 26.00
1300X RM 579.00 RM 547.00 RM 32.00
2200G RM 479.00 RM 452.00 RM 27.00
AMD Ryzen™ 5 1400 RM 739.00 RM 697.00 RM 42.00
1500X RM 799.00 RM 753.00 RM 46.00
1600 RM 859.00 RM 810.00 RM 49.00
1600X RM 999.00 RM 943.00 RM 56.00
2400G RM 759.00 RM 716.00 RM 43.00
AMD Ryzen™ 7 1700 RM 1,399.00 RM 1,319.00 RM 80.00
1700X RM 1,499.00 RM 1,414.00 RM 85.00
1800X RM 1,699.00 RM 1,600.00 RM 99.00
AMD Ryzen™ Threadripper 1900X RM 2,299.00 RM 2,169.00 RM 130.00
1920X RM 3,799.00 RM 3,584.00 RM 215.00
1950X RM 4,699.00 RM 4,433.00 RM 266.00
AMD Ryzen™ 5 (2nd Generation) 2600 RM 899.00 RM 848.00 RM 51.00
2600X RM 1,059.00 RM 999.00 RM 60.00
AMD Ryzen™ 7 (2nd Generation) 2700 RM 1,429.00 RM 1,348.00 RM 81.00
2700X RM 1,559.00 RM 1,470.00 RM 89.00

TIPS & ULASAN