Cari @ Amanz

Apple pada awal pagi tadi telah pun memperkenalkan iOS 12 secara rasminya, selain turut menawarkan iOS 12 Beta kepada para pembangun yang berminat.

Menariknya, kini pembangun telah bermain-main dengan kod iOS 12 Beta, dan turut menemui beberapa perkara. Melalui salah satu perkongsian, ia kini dilihat iOS 12 Beta menyertakan sokongan Face ID untuk iPad.

Perkara ini ditemui melalui kod dan juga rekaan antaramuka untuk tetapan Face ID pada iPad. Desas-desus mengatakan iPad dengan Face ID telah hadir beberapa kali sebelum ini, dan penemuan kod baru ini seperti mengukuhkan lagi hal berkenaan.

Dengan adanya Face ID, ia sekaligus membolehkan para pengguna untuk nyah-kunci peranti menggunakan imbasan wajah.

Namun, seperti biasa, terdapat kemungkinan yang mana ia mungkin sekadar ujian sahaja – atau mungkin juga sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd