Cari @ Amanz

Perkembangan teknologi turut membawa kepada sejumlah penawaran kandungan dan aplikasi yang memudahkan proses pembelajaran. Terkini, salah satu aplikasi yang diterbitkan oleh pembangun tempatan dalam memudahkan kanak-kanak belajar huruf hijayyah dengan mudah, dinamakan Rainbow Iqra.

Rainbow Iqra hadir daripada pembangun sama yang telah menerbitkan aplikasi Rainbow Jawi sebelum ini. Ia ditujukan untuk kanak-kanak bawah 7 tahun, dimana aplikasi ini menawarkan pembelajaran dalam bentuk permainan.

Rainbow Iqra hadir dengan penawaran sejumlah kandungan yang membolehkan kanak-kanak untuk belajar cara menyebut huruf hijayyah serta pada masa yang sama mengenal-pasti huruf berkenaan.

Rainbow Iqra

Rainbow Iqra

Aplikasi ini juga turut boleh digunakan sebelum mendidik anak-anak proses mula mengaji dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd