Intel Bakal Hadir Dengan Cip 28-teras 5Ghz Menjelang Penghujung Tahun Ini

Intel Bakal Hadir Dengan Cip 28-teras 5Ghz Menjelang Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Intel hari ini telah memperlihatkan cip pertama mereka dengan keupayaan berjalan sepantas 5Ghz tanpa memerlukan sebarang lewahjam. Selain daripada cip berkenaan, pada Computex 2018 juga, pihak Intel mengambil peluang untuk mengumumkan sebuah cip baru yang akan hadir pada penghujung tahun ini dengan rekaan 28-teras.

Cip ini juga dikatakan mampu beroperasi pada kepantasan 5Ghz, sekaligus menjalankan pelbagai pemprosesan berkuasa tinggi dengan mudah. Malah, melalui ujian Cinebench yang dipertontonkan, ia turut mencapai skor sebanyak 7,334.

Intel mengatakan mereka akan memasarkan cip 28-teras baru ini menjelang penghujung tahun ini. Mungkin kita akan mengetahui info lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan akan datang lagi.


TIPS & ULASAN