Cari @ Amanz

Jepun bakal menganjurkan Sukan Olimpik pada 2020 kelak, dimana bersempena dengannya, Jepun menyasarkan untuk memperkenalkan dan memperlihatkan pelbagai keupayaan mereka dalam arena teknologi.

Salah satunya adalah teknologi sistem swapandu untuk kenderaan. Perdana Menteri Jepun, kini mengumumkan yang mana mereka menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan swapandu pada jalan umum menjelang 2020 kelak.

Kerajaan Jepun merancang untuk menguji sistem swapandu di jalan umum seawal tahun ini, dan menawarkan perkhidmatan berkenaan bersempena sukan Olimpik Tokyo 2020. Lanjutan daripadanya, mereka menyasarkan untuk mengkomersialkan sistem berkenaan seawal 2022 kelak.

Selain daripada arena swapandu, Jepun juga dilihat turut sedang memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan dan robotik untuk turut dipertontonkan kepada para pengunjung sukan Olimpik 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd