Carian
Samsung Gear VR Bakal Dijenamakan Semula Sebagai Galaxy VR
June 6, 2018 Effi Saharudin

Samsung Gear VR ialah peranti realiti maya yang dipasarkan sejak 2014. Ia dihasilkan dengan kerjasama Oculus dan adalah peranti realiti maya terawal memasuki pasaran tempatan. Menurut laporan Sammobile, Gear VR akan dijenamakan semula sebagai Galaxy VR apabila model baru dilancarkan kelak.

Ini ialah model kemaskini untuk Gear VR SM-R325 yang dilancarkan bersama Note 8 tahun lalu. Ketika pelancaran Galaxy S9 dan S9+ Februari lalu, tiada Gear VR baru dilancarkan. Penjenamaan baru ini mungkin untuk menyeragamkan nama produk. Samsung telahpun mendaftarkan tanda dagang untuk Galaxy Watch dan Galaxy Fituntuk dua peranti boleh-pakai mereka yang diuar-uarkan akan menggunakan Wear OS bagi menggantikan sistem operasi Tizen tahun ini.

Komen