Instagram Kelak Mungkin Menyokong Perkongsian Video Berdurasi Sehingga Sejam

Instagram Kelak Mungkin Menyokong Perkongsian Video Berdurasi Sehingga Sejam

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Pada hari ini, lebih ramai dilihat semakin aktif menggunakan Instagram berbanding laman sosial Facebook dan beberapa yang lain. Mengenal-pasti perkara berkenaan, kini pihak Instagram dilihat sedang dalam perancangan untuk menyokong kandungan video yang lebih panjang dan lama pada platform berkenaan.

Menurut laporan awal daripada WSJ, ia dikatakan Instagram kini sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan sokongan untuk video yang panjang, iaitu sehingga sepanjang sejam lamanya.

Untuk makluman, pada hari ini, Instagram sekadar menawarkan sokongan memuat-naik video kurang seminit sahaja pada platform berkenaan.

Dengan kaedah ini, ia akan memberikan peluang kepada penerbit kandungan untuk menerbitkan lebih banyak kandungan pada platform Instagram. Selain pada masa yang sama, pengguna Instagram akan terikat dan menghabiskan lebih banyak masa pada platform berkenaan.

Langkah ini juga selari dengan Facebook yang memfokuskan kepada arena video sejak setahun kebelakangan ini – termasuk melalui Facebook Watch, sokongan penstriman langsung dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar perancangan lanjut pihak Instagram dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN