ASUS Memperkenalkan Dua Buah Laptop Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen – ASUS X570ZD Dan ASUS X505ZA
AMD

ASUS Memperkenalkan Dua Buah Laptop Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen – ASUS X570ZD Dan ASUS X505ZA

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Di acara pengumuman AMD di Taipei beberapa hari yang lalu, pihak Acer juga dilihat memperkenalkan dua buah komputer riba baru yang akan dikuasakan oleh APU AMD Ryzen yang baru sahaja diperlihatkan beberapa bulan yang lalu melalui laptop-laptop ASUS X570ZD dan ASUS Vivobook X505ZA.

Laptop ASUS Vivobook X505ZA hadir dengan paparan bersaiz 15 inci yang mempunyai resolusi Full HD 1920×1080. Ia digerakkan oleh APU AMD Ryzen 7 2700U, sokongan memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD sebanyak 500GB.

Dari segi sokongan grafik, laptop ini hadir dengan cip pemprosesan grafik RX Vega 10 yang termasuk sekali di dalam APU AMD Ryzen tersebut.

Lebih menarik ialah laptop ASUS X570D, yang hadir dengan saiz paparan dan APU yang sama. Dari segi memori dan storan, ia hadir dengan memori DDR4 sehingga 16GB, storan SSD 500GB dan juga cakera keras 2TB.

Laptop ini juga merupakan laptop yang dikuasakan AMD pertama yang akan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti. Ini cukup menarik kerana laptop yang menggabungkan CPU AMD dan GPU NVIDIA cukup jarang sekali tiba di pasaran.

Apabila ditanya, pihak ASUS menjelaskan bahawa tanda harga dan tarikh pelancaran akan diumumkan di masa akan datang.


TIPS & ULASAN