Tiga Model LG Q Stylus Dilancarkan Dengan Sokongan Stylus Terbina Dan Kalis Air IP68
LG

Tiga Model LG Q Stylus Dilancarkan Dengan Sokongan Stylus Terbina Dan Kalis Air IP68

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Di pasaran sekarang raja peranti dengan stylus terbina ialah Samsung Galaxy Note 8. Tetapi harga jualan phablet ini mungkin di luar kemampuan kebanyakan pengguna. Hari ini tiga model LG Q Stylus  iaitu Q Stylus+, Q Stylus dan Q Stylusα telah dilancarkan dengan spesifikasi pertengahan dan harga yang lebih mampu milik.

LG Q Stylus+ dilengkapi skrin 6.2″ FHD+ FullVision Display tanpa takuk, pemproses 1.8GHz lapan teras, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB. kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel sudut lebar dan bateri sebesar 3300 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

LG Q Stylus dilengkapi skrin 6.2″ FHD+ FullVision Display tanpa takuk, pemproses 1.8GHz lapan teras,  memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB. kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel sudut lebar dan bateri sebesar 3300 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

Akhir sekali LG Q Stylusα pula dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display tanpa takuk, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB. kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

Hanya LG Q Stylus+ dan Q Stylus mempunyai ketahan air IP68 dan MIL-STD 810 G. Ketiga-tiganya dilengkapi stylus, sokongan audio DTS:X Surround dan Q Lens. Dari segi spesifikasi Q Stylus menyamai spesifikasi LG Q7 yang dilancarkan sekitar dua minggu yang lalu cuma dengan skrin lebih besar dan sokongan stylus. Harga jualan belum diumumkan tetapi pastinya lebih rendah berbanding siri LG G yang dikeluarkan syarikat ini.


TIPS & ULASAN