KTM Memperlihatkan Sistem Adaptive Cruise Control Dan Amaran Titik Buta Pada Motosikal Mereka.

KTM Memperlihatkan Sistem Adaptive Cruise Control Dan Amaran Titik Buta Pada Motosikal Mereka.

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Teknologi cruise control menolehkan kawalan kelajuan kenderaan dilakukan secara automatik tanpa pedal perlu ditekan oleh pemandu. Ia adalah fungsi yang disertakan pada kereta kelas pertengahan sejak berdekad lamanya. Fungsi ini jarang sekali ditemui pada motosikal. Di KTM, mereka telah membangunkan sistem adaptive cruise control yang bukan sahaja mengawal kelajuan tetapi membrek bagi mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.

Sistem ini sedang diuji pada KTM 1290 Super Adventure dengan sasaran penggunaan pada tahun 2021. Penunggang hanya perlu menetapkan kelajuan dan jarak selamat yang dikehendaki. Sistem radar digunakan bagi mengesan kenderaan yang berada di hadapan. Masa yang lam diperlukan bagi menguji sistem ini bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk kegunaan di dunia sebenar. KTM 1290 Super Adventure sudah dilengkapi sistem cruise control tetapi tanpa sistem membrek automatik bagi mengelakkan ia melanggar kenderaan di hadapan.

Turut dibangunkan ialah sistem lampu amaran titik buta. Radar pada bahagian belakang mengesan kehadiran kenderaan yang terletak pada titik buta penunggang, Apabila kenderaan dikesan, lampu LED yang terbina pada cermin sisi motor akan menyala. Penunggang akan terselamat dari disondol dari belakang ketika menukar lorong.

Sistem cruise control dan pengesan titik buta yang sama turut dibangunkan Ducati. Bosch pula telah membangunkan sistem,


TIPS & ULASAN