Robot HelloPika Dilancarkan Di Jepun – Mampu Memberikan Respons Kepada Suara Manusia

Robot HelloPika Dilancarkan Di Jepun – Mampu Memberikan Respons Kepada Suara Manusia

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Terdapat 720 Pokemon tersenarai di dalam Pokedex. Tetapi kami yakin Pokemon yang paling dikenali dan digemari ramai ialah Pikachu. Tikus elektrik fiksyen ini boleh anda miliki sekiranya anda tinggal di Jepun. Takara Tomy telah melancarkan HelloPika, robot Pikachu yang boleh memberikan respons kepada suara pengguna.

HelloPika hanya setingga 13 cm dan boleh memutarkan kepala dengan pipi berlampu. Apabila mendengar suara pemilik, ia memutarkan suara dan “bercakap” dengan mereka dalam bahasa Pokemon. Kerana saiznya yang kecil, HelloPika boleh diselitkan pada kocek baju atau beg untuk dibawa keluar dari rumah. Robot ini hanya akan ditawarkan di Jepun pada Ogos hadapan dengan harga jualan 3229 Yen (~RM 117) sebuah.


TIPS & ULASAN